LAPOR DIRI LI SESI DIS 2020

 

LAPOR DIRI LATIHAN INDUSTRI 

SESI DIS 2020

**Link Kad Lapor Diri Lazim FASA 1(1.3.2021 - 16.7.2021): akan dibuka pada 1 MAC 2021 - 10 MAC 2021 

** Pastikan anda telah menyemak KEPUTUSAN AKHIR JUN 20 (27.2.2021) anda dan hanya Layak LI (TELAH LULUS SEMUA KURSUS YANG DI TAWARKAN DI KAMPUS)

*berdasarkan garis Panduan Latihan Industri

Makluman: Pelajar yang menjalani Latihan Industri Tidak perlu membayar yuran pengajian dan bayaran pelbagai. Kecuali jika belum membayar insurance seperti dalam taklimat 1 & 2 yang lepas.( Maklumat Pendaftaran pelajar senior-Website PMU) 


Peraturan Melapor Diri di Organisasi Latihan (Sila baca dengan teliti)

1. Pelajar dikehendaki melapor diri di organisasi latihan pada tarikh dan masa yang ditetapkan dan menampilkan sahsiah yang baik sebagai seorang pelajar politeknik.

2. Dokumen Semasa Melapor Diri Semasa melapor diri, pelajar dikehendaki membawa dokumen-dokumen berikut:
 
i. Surat Lapor Diri Latihan Industri kepada pelajar (sila print di SPMP i-UPLI masing-masing selepas keputusan sesi Jun20 Keluar)
ii. Surat Makluman Industri -kepada Industri ( Edaran dalam group)
ii. Kad Matrik Pelajar
iii. Jurnal Refleksi aka Buku Log
             
3. Dokumen Selepas Melapor Diri, Setelah melapor diri, pelajar dikehendaki melengkapkan dokumen-dokumen berikut:

i. Kad Pengesahan Lapor Diri (Di dalam Journal Refleksi masing-masing,kad warna kuning / Blogspot- muat turun) - pastikan di Cop dan disahkan oleh firma   

Dokumen di perkara 3 atas hendaklah dihantar ke politeknik dalam tempoh(Softcopy melalui link dalam tempoh 1 minggu bermula 1.3.2021)(Original sila simpan dengan selamat dahulu) yang di tetapkan. Sekiranya gagal berbuat demikian, pelajar dianggap tidak melapor diri di organisasi dan akan dikenakan tindakan tatatertib (rujuk perkara 8.7 Tindakan Hukuman).

Link untuk hantar Kad Pengesahan Lapor diri: 

----<sila tekan Link ini : Pengesahan Kad Lapor diri (Online >----  (buka pada 1.3.2021)

*** Sila SCAN DENGAN JELAS dan hantar melalui link di atas untuk melancarkan proses lapor diri di kemaskini.
(sila simpan dengan selamat ,tarikh mula pos ke UPLI akan dimaklum kemudian)

4. Sekiranya berlaku pertukaran alamat tempat latihan, bukan tukar firma ye, pelajar dikehendaki untuk melengkapkan Kad Pertukaran Alamat dan menghantar kad tersebut kepada UPLI dengan kadar segera.

5. Pertukaran organisasi
          i. Pertukaran tempat latihan adalah TIDAK DIBENARKAN selepas surat penempatan dikeluarkan.
                 ii. Pelajar yang bertukar tempat latihan tanpa kebenaran adalah melanggar peraturan LI dan boleh dikenakan tindakan tatatertib (rujuk perkara 8.7 Tindakan Hukuman).


6. Cuti  (Sebarang Cuti perlu di rekod di dalam buku log dan di hantar salinan ke UPLI melalui link berikut -


“Pelajar tidak dibenarkan mengambil cuti sewaktu menjalani latihan industri kecuali dengan kelulusan organisasi yang berkaitan” Dasar Latihan Industri IPT (muka surat 35)

1. Pelajar TIDAK dibenarkan mengambil cuti sewaktu menjalani LI kecuali dengan kelulusan organisasi yang berkaitan. Walau bagaimanapun, sebarang cuti bagi tujuan urusan rasmi perlulah terlebih dahulu mendapat kelulusan organisasi dan memaklumkan kepada UPLI. 

2. Sekiranya berlaku kecemasan, pelajar hendaklah memaklumkan kepada pihak organisasi dengan segera dan mendapatkan surat kebenaran cuti daripada organisasi tersebut.

3. Hanya sijil sakit yang disahkan oleh pegawai perubatan kerajaan diterima pakai oleh politeknik. Sijil sakit klinik swasta yang melebihi DUA (2) hari tidak akan diterima tanpa pengesahan hospital Kerajaan. 

4. Salinan surat cuti atau sijil akuan sakit hendaklah ditampal dalam Jurnal Refleksi. 

*Pelajar di nasihatkan untuk memuat turun dan membaca garis panduan latihan industri untuk maklumat lanjut.