PENGENALAN



LATIHAN INDUSTRI POLITEKNIK MUKAH
PENGENALAN UNIT PERHUBUNGAN DAN LATIHAN INDUSTRI:


Unit Perhubungan dan Latihan Industri (UPLI) menyelaraskan semua aktiviviti yang berkaitan dengan pelaksanaan Latihan Industri pelajar. Fungsi - fungsi unit ini adalah:


  1. Pendaftaran dan penempatan pelajar latihan Industri.
  2. Pemantauan pelajar semasa latihan industri.
  3. Penilaian pelajar latihan industri.



LATIHAN INDUSTRI POLITEKNIK?

  1. Pelajar politeknik diwajibkan untuk menjalani latihan industri 1 semester di mana-mana sektor swasta atau kerajaan Latihan Industri dan ini merupakan satu komponen utama dalam kurikulum pembelajaran di politeknik. Pelajar akan menjalani Latihan Industri selama satu ( 1 ) semester, bagi mendedahkan mereka kepada suasana pekerjaan yang sebenar serta berbeza dari suasana di politeknik.
  2. Pelajar disyaratkan LULUS latihan industri sebelum ianya diperakukan untuk penganugerahan Sijil atau Diploma Politeknik. 



HASIL PEMBELAJARAN LATIHAN INDUSTRI:

  1.  Mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan di tempat kerja.
  2. Berkomunikasi secara berkesan dengan pelbagai peringkat.
  3. Mengamalkan kerja berpasukan.
  4. Profesional dan beretika dalam mematuhi dasar-dasar, prosedur dan kaedah-kaedah di dalam organisasi.
  5. Menerangkan tugas-tugas yang diberikan (semasa LI) mengikut format yang ditetapkan.